• 7 June 2024
  • Asas

Meneroka Pola Carta Double Bottom dan Double Top

MDP-3115_1200x675_1_MS.png

Mengenali pola carta sangat penting dalam trading. Pola Double Bottom dan Double Top adalah petanda penting bahawa trend berpotensi besar akan menyongsang dan ia digunakan secara meluas oleh traders di pelbagai sektor kewangan, seperti pola carta saham, forex, dan banyak lagi. Dengan meneroka formasi, kepentingan, dan strategi trading yang berkaitan, trader dapat meningkatkan kehebatan analisis mereka dan melaksanakan keputusan secara bermaklumat.

Apa itu Double Bottom?

MDP-3115_1200x675_2_MS.png
Pola Double Bottom

Double Bottom salah satu pola yang paling popular dan biasanya berlaku selepas downtrend, menandakan potensi penyongsangan. Menyerupai huruf "W," ia terdiri daripada dua paras terendah berturut-turut pada paras harga yang lebih kurang sama, dipisahkan oleh satu puncak yang jelas. Formasi ini menunjukkan kemerosotan tekanan jualan dan peningkatan kekuatan pembelian. Pola ini dikatakan sahih dan rasmi apabila harga berjaya melepasi puncak di antara dua lembah tadi, menandakan penyongsangan trend bearish sebelum itu. Menurut peraturan asas analisis teknikal, paras rendah yang disentuh dua kali menjadikannya aras sokongan, menggalang penjual daripada menurunkan lagi harga dan membolehkan pembeli untuk menolak harga lebih tinggi. Pola ini menghasilkan dua titik terendah yang berbeza, yang dipanggil "double bottom."

Apa itu Double Top?

MDP-3115_1200x675_3_MS.png
Pola Double Top

Pola Double Top muncul selepas carta mengalami uptrend, menandakan potensi penyongsangan ke arah bawah. Ia dicirikan oleh dua puncak berturut-turut pada paras harga yang sama, dipisahkan oleh satu paras terendah. Menyerupai huruf “M”, puncak pertama terbentuk selepas satu uptrend yang mantap, diikuti dengan penurunan yang sederhana ke aras sokongan atau garis leher. Kemudian, harga bergerak naik ke puncak kedua, diikuti oleh pergerakan ke bawah yang berterusan, menembus ke sebelah bawah sokongan atau garis leher. Pengesahan pola berlaku apabila pergerakan ke bawah kedua ini membolosi garis leher, menunjukkan potensi penurunan selanjutnya. Double Top juga salah satu contoh pola carta yang klasik dan popular.

Formasi ini menunjukkan momentum pembelian semakin melemah dan tekanan jual yang semakin meningkat. Trader menganggap pola dua puncak ini sah apabila harga jatuh melepasi paras terendah, mengesahkan peralihan kepada trend bearish.

Cara Menggunakan Pola Double Bottom dan Double Top

Mengenal pasti Double Bottom dan Double Top

MDP-3115_1200x675_4.png
Pola Double Bottom pada carta USDCHF

Untuk mengesan pola Double Top dan Double Bottom dengan berkesan, trader mesti memantau pergerakan harga dengan teliti dan mencari dua paras rendah seperti W atau dua puncak berbentuk M yang terbentuk pada paras yang sama, dengan titik tinggi atau rendah yang ketara di antaranya. Yang penting, formasi ini harus disertai dengan kemerosotan volum, yang melemahkan impuls.

Pengesahan dan Titik Masuk

MDP-3115_1200x675_5.png
Titik masuk

Pola Double Top atau Double Bottom dianggap sah apabila harga melepasi puncak atau lembah yang memisahkan dua formasi – di atas untuk Double Bottom atau di bawah untuk Double Top. Trader biasanya menunggu penembusan ini untuk mengesahkan pola sebelum mereka membuka urusniaga. Selain itu, mereka boleh menggunakan indikator pelengkap seperti purata bergerak (moving average) atau osilator untuk mengukuhkan analisis mereka.

Menetapkan Aras Renti Rugi (SL) dan Ambilan Untung (TP)

MDP-3115_1200x675_6.png
Aras SL dan TP

Pengurusan risiko yang berkesan adalah langkah yang paling penting dalam perdagangan Forex. Untuk mengurangkan potensi kerugian, trader boleh mengurangkan potensi kerugian dengan meletakkan pesanan renti rugi di bawah titik terendah Double Bottom atau di atas titik tertinggi Double Top. Langkah berjaga-jaga ini membantu mengehadkan kerugian jika pola gagal berfungsi. Selain itu, menentukan aras ambil untung berdasarkan alat analisis teknikal atau aras sokongan/rintangan terdahulu membantu memastikan keuntungan. Dianjurkan untuk mensasarkan nisbah risiko berbanding ganjaran sebanyak 1:2 atau lebih tinggi, memastikan bahawa potensi keuntungan lebih besar daripada potensi kerugian.

Pemantauan untuk Isyarat Palsu

Walaupun pola Double Top dan Double Bottom indikator yang agak boleh dipercayai, isyarat palsu boleh berlaku. Trader harus berjaga-jaga dan mempertimbangkan faktor-faktor seperti sentimen pasaran, berita ekonomi, dan peristiwa geopolitik untuk mengelakkan daripada terjerat dengan penembusan palsu.

Contoh urusniaga

Untuk menggambarkan pengaplikasian pola Double Top dan Double Bottom dalam senario trading sebenar, pertimbangkan contoh berikut:

MDP-3115_1200x675_7.png
XAUUSD

Setelah satu trend menurun yang panjang, kita dapati pola Double Bottom terbentuk pada XAUUSD. Lembah pertama terbentuk pada paras 1620, diikuti oleh satu lantunan sederhana. Seterusnya, harga kembali ke 1620, mencipta lembah kedua. Kami melihat volum menurun ketika pola ini terbentuk, menunjukkan pola penyongsangan.

Pengesahan double bottom berlaku apabila harga menembusi garisan rintangan atas (garis leher) yang terbentuk pada paras 1725. Trader kemudian memasuki posisi beli, menjangkakan trend menyongsang menjadi bullish. Untuk mengurus risiko, mereka meletakkan renti rugi di bawah titik terendah double bottom pada paras 1600.

Apabila harga meningkat, trader menetapkan aras ambilan untung berdasarkan aras rintangan sebelumnya iaitu 1950, mensasarkan nisbah risiko berbanding ganjaran sebanyak 1:2. Setelah harga mencapai aras ambilan untung yang telah ditetapkan, trader menutup posisi, memuktamadkan keuntungan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pola Double Bottom dan Double Top berdiri sebagai alat yang sangat diperlukan untuk pedagang forex yang mencari potensi penyongsangan trend. Pola ini, yang dicirikan oleh formasi dan implikasinya, menawarkan kita pandangan yang kritikal tentang dinamik pasaran. Dengan memahami kepentingannya dan menggunakan strategi trading yang sesuai, seperti teknik pengesahan dan pengurusan risiko, pedagang dapat meningkatkan kualiti proses membuat keputusan mereka dan memanfaatkan peluang pasaran. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk sentiasa berwaspada terhadap isyarat palsu dan menyesuaikan strategi pengurusan risiko dengan sewajarnya. Dengan pemahaman yang menyeluruh tentang pola ini, trader boleh menelusuri pasaran forex dengan yakin dan meningkatkan prestasi trading mereka.

Kongsi kepada rakan-rakan: