Adakah aplikasi telefon FBS sesuai untuk anda?
Aplikasi telefon FBS memberikan anda semua alat dan sumber untuk trade dengan bijak. Ia mungkin sesuai untuk anda jika anda mencari penyelesaian yang komprehensif tetapi ringkas dan mudah. Ia sesuai untuk pemula dengan pengalaman yang terhad dan ingin menguasai seni trading dan juga untuk trader yang lebih maju yang mahukan penyelesaian yang mudah untuk gaya hidup bergerak mereka.
MetaTrader 5

MetaTrader 5 adalah platform yang sofistikated dengan fitur-fitur canggih. Ia amat berguna bagi mereka yang lebih gemar trade di desktop dan bermacam-macam pilihan customization. Walau bagaimanapun, terlalu banyak fitur menyukarkan perisian ini dikuasai oleh mereka yang belum cukup pengalaman dan kemahiran.
MetaTrader 5 dilancarkan pada tahun 2010 dan ia lebih daripada sekadar versi baru bagi platform popular MetaTrader 4. Ia dibina sebagai platform untuk perdagangan saham, niaga hadapan, dan komoditi. Pasukan pembangunan aplikasi ini menggunakan bahasa pengaturcaraan yang berbeza, agar pengguna akhir mempunyai alat yang lebih baik untuk membangunkan program perdagangan algoritma dan pembantu elektronik mereka.
MetaTrader 5 mempunyai ciri-ciri canggih yang disukai terutamanya oleh trader pakar yang inginkan kesempurnaan dalam kegiatan trading mereka.
Ini mungkin terlalu rumit untuk trader baru, tetapi trader pakar suka menggunakan MetaTrader 5 di desktop mereka untuk analisis yang lebih komprehensif dan trading dengan pelbagai fungsi. Ada juga yang menggabungkan trading bergerak menggunakan aplikasi FBS dengan workflow yang lebih terperinci dalam MetaTrader 5 di desktop. Anda boleh membuka posisi secara kasual apabila peluang muncul semasa anda sedang dalam perjalanan dan melakukan analisis yang lebih cermat apabila anda kembali ke desktop anda.
Adakah MetaTrader 5 sesuai untuk anda? Jika MetaTrader 5 memang pilihan yang wajar untuk anda, anda mungkin sudah mengetahuinya: anda mempunyai pengalaman yang cukup sehingga anda berasa anda memerlukan semua alat yang disediakan oleh MetaTrader 5 di desktop. Ia mungkin terlalu rumit untuk trader novis yang akan berasa sukar untuk memahami semua indikator dan alat yang ada. Walau bagaimanapun, jika anda memerlukan platform yang canggih untuk trading lebih terfokus, anda mungkin akan mendapati MetaTrader 5 penyelesaian yang paling tepat.
MetaTrader 4

Untuk satu tempoh yang lama, MetaTrader 4 adalah penyelesaian yang menjadi pilihan semua jenis trader. Waima pada masa ini pun ia masih dianggap sebagai pilihan klasik sepanjang zaman oleh sesetengah trader. Trader yang lain pula mengakui bahawa ia adalah platform yang sudah menjadi tradisi, tetapi kini seperti ada yang kurang padanya.
Platform ini dilancarkan pada tahun 2005, dan selama bertahun-tahun, ia telah menjadi perisian trading yang paling banyak dimuat turun. Ia masih mempunyai peminat setia yang tidak mahu mempertimbangkan pilihan lain dan enggan berfikir untuk berpindah ke platform lain.
Walau bagaimanapun, semakin ramai trader kini memilih platform MetaTrader 5 yang lebih canggih dan lebih baru. Ramai trader juga mahu membawa rutin trading mereka ke peranti mudah alih mereka, jadi mereka memilih penyelesaian yang akan berfungsi di mana sahaja, seperti aplikasi mudah alih FBS.
Adakah MetaTrader 4 sesuai untuk anda? Sekiranya anda bukan salah seorang pengguna lama MetaTrader 4, anda mungkin tidak mahu memuat turunnya sekarang. Dunia trading telah berkembang dengan pesat, dan platform perdagangan juga begitu. Anda mungkin mahu menggunakan alat yang lebih maju dan terkini untuk menguasai trading.
Untuk direnungkan
Mari kita rangkumkan semuanya.
Aplikasi mudah alih FBS adalah produk semua-dalam-satu baharu yang memenuhi semua keperluan trading anda. Dengan antaramuka pengguna yang intuitif, carta yang boleh dilaras suai, statistik trading yang mudah digunakan, dan konten berharga yang dihantar terus ke peranti mudah alih anda menerusi notifikasi push, ia adalah penyelesaian yang komprehensif untuk trade di mana sahaja.
MetaTrader 5 menyediakan set fitur yang ekstensif untuk trader yang mahir dan berpengalaman. Jika anda memilih MetaTrader 5 sebagai platform trading anda apabila mencipta akaun trading baru di FBS, anda boleh trade menggunakan akaun ini di MetaTrader 5 dan aplikasi telefon FBS.
MetaTrader 4 masih disukai oleh ramai trader yang telah menguasainya dan tidak mahu berpindah ke tempat lain dan enggan mempelajari alat baru.
Semua platform adalah percuma untuk digunakan, jadi anda boleh mencubanya dan memutuskan mana yang paling sesuai untuk anda.