FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

24 Jun 2025

Psikologi

Apa Yang Anime Boleh Ajar Anda Tentang Trading Forex

Adakah anda perasan berapa banyak strategi trading dan expert advisor yang namanya diambil daripada anime atau berbunyi seolah-olah ia berkaitan dengan anime? Minat terhadap anime nampaknya semakin kuat di seluruh dunia.

Mungkin anda perasan betapa ia sudah meresap ke dalam hampir setiap aspek kehidupan kita. Malah, jenama-jenama besar seperti Amazon, Nike, McDonald's, Nissan, Sony, New Balance dan banyak lagi telah mengiktiraf pengaruh anime dan menaja banyak judul terkenal.

Apa Yang Anime Boleh Ajar Anda Tentang Trading Forex

Presiden A.S., Donald Trump, telah muncul dalam sekurang-kurangnya 4 filem anime. Ini tangkapan skrin Inuyashiki.

Trader yang baik mampu melihat makna dalam segala-galanya dan belajar dari apa sahaja sumber. Di bawah, kami bawakan beberapa pengajaran yang baik daripada anime yang boleh digunakan dalam trading Forex.

Naruto mengajar anda untuk tidak berputus asa

Sukar untuk mencari orang yang tidak pernah terdengar tentang siri hit popular ini. Sama ada anda suka anime ini atau tidak, tiada apa yang dapat menggambarkan penambahbaikan berterusan dengan lebih baik daripada Naruto.

Setiap beberapa episod, siri ini mengulangi pola yang sama: sang wira utama gagal, prestasinya jauh lebih buruk daripada orang lain, sungguhpun begitu dia tidak berputus asa. Dia muncul dengan strategi atau teknik baru, dan akhirnya menang.

Prinsip yang sama boleh diterapkan dalam perdagangan Forex. Untuk berjaya, anda perlu belajar, berlatih, mencari teknik yang berkesan untuk anda, dan menjadi Hokage, mencapai keuntungan secara konsisten.

Little Witch Academia mengajar kita agar sentiasa belajar sesuatu yang baru, tetapi jangan dilupakan masa lalu kita

Ia salah satu filem anime yang paling lucu dan paling kedongengan di luar sana, tetapi anda akan terkejut betapa banyak mesej rahsia dewasa yang dibawanya. Ini anime yang anda boleh tunjukkan kepada anak-anak anda jika anda ingin mengajar mereka kepentingan bekerja keras, bertanggungjawab dan pengurusan wang.

Dalam salah satu episod, heroin utama anime ini menyedari bahawa sekolah mereka berhutang banyak wang kepada naga dongeng Fafnir. Apabila mereka datang kepadanya untuk merundingkan semula terma-terma itu, mereka tidak melihat seekor naga yang biasa-biasa. Sebaliknya, mereka melihat Fafnir duduk di pejabatnya dengan jubah mandi dan selipar, dikelilingi monitor-monitor yang memaparkan carta.

Little Witch Academia

Pada zaman dahulu, naga ini pernah tidur di atas timbunan emasnya, tetapi apabila dunia mula berubah, dia mengambil peluang itu dan mula membuat wang melalui pelaburan moden.

Makhluk paling purba di dunia ini malah sedar bahawa sudah tiba masanya untuk dia mempelajari sesuatu yang baru. Little Witch Academia menunjukkan kepada kita bahawa untuk menjadi kaya dan berkuasa, anda mesti sentiasa mencari cara yang lebih baik untuk melaburkan wang anda - sekadar duduk di atas timbunan emas anda tidak akan membawa anda ke mana-mana.

One Piece mengajar kita untuk mengambil risiko jika kita mahu mengubah sesuatu

“Jika anda tidak mengambil risiko, anda tidak boleh mencipta masa depan” - kata wira utamanya, Monkey D. Luffy.

Sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat dalam hidup akan menemui jiwa yang sama pada Luffy. Dia bukanlah suri tauladan yang sempurna, tetapi dia tekad dan realistik. Dia faham bahawa anda tidak akan mengubah hidup anda menjadi lebih baik dengan tinggal di rumah dan melakukan rutin biasa anda.

Untuk mencapai matlamat anda, anda perlu melangkah keluar dari zon selesa anda, membuat rancangan, dan sentiasa bergerak ke hadapan. Luffy mungkin bukan contoh pengurusan risiko yang terbaik, tetapi dia menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh mencapai impian mereka jika mereka cukup gigih dan bersedia untuk membuat beberapa perubahan.

One Piece

“Saya ada cita-cita saya, awak juga ada cita-cita awak. Ini bermakna awak perlu terus berjalan ke hadapan menuju ke arah matlamat itu."

Death Note menunjukkan kepada kita bahawa terlalu yakin boleh memusnahkan waima rancangan yang paling sempurna

Wira utama anime ini adalah seorang pelajar yang luar biasa: dia cemerlang dalam setiap mata pelajaran, mendapat gred tertinggi, mencatat rekod-rekod baru di sekolah dan menghabiskan masa lapangnya dengan belajar. Dia bijak dalam hampir semua perkara, tetapi apabila tiba masa untuk memenuhi rancangannya, keyakinan diri yang melampau membuatkan dia bertindak dengan melulu.

Ini sesuatu yang dihadapi oleh ramai trader setiap hari. Mereka menyediakan pelan yang sempurna, tetapi apabila mereka mula trade, ego mengatasi akal sihat mereka dan mereka menghanyut jauh dari strategi awal.

Apa yang anda boleh pelajari daripada Death Note adalah bahawa anda tidak boleh membiarkan ego anda menjauhkan anda daripada rancangan anda, atau semua yang anda usahakan mungkin akan runtuh.

One Punch Man mengajar kita bahawa latihan membawa kepada kesempurnaan

Kadang-kadang perkara terbaik yang boleh anda lakukan dengan hidup anda adalah sesuatu yang tidak dilakukan oleh orang lain. Wira utama anime ini adalah seorang lelaki yang sudah jelak dengan kehidupannya yang membosankan dan memutuskan untuk berhenti kerja untuk menjadi seorang wira. Bukan sahaja dia merealisasikan impiannya, tetapi proses itu mengubahnya menjadi wira yang terkuat, mampu mengalahkan mana-mana musuh dengan hanya satu tumbukan.

Tetapi dia tidak mempunyai sebarang "superpowers". Apabila dia ditanya bagaimana dia menjadi begitu kuat, dia hanya menjawab "100 push-up, 100 sit-up, 100 squat, dan berlari 10km setiap hari." Tiada rahsia khas, tiada labah-labah radioaktif, tiada meteor, hanya rutin harian biasa - itulah yang membuatkan anda berjaya.

"Kalau awak betul-betul nak jadi kuat... Berhenti ambil pusing apa yang orang di sekeliling anda fikirkan tentang anda! Siapa yang layak menentukan di mana hadnya? Dan berdasarkan apa? Awak kata awak sudah bekerja keras? Mungkin awak perlu bekerja lebih keras. Betulkah sekadar itu had kekuatan awak? Bolehkah awak esok mengalahkan awak hari ini? Daripada mengalah, awak harus teruskan." — kata-kata Saitama kepada Fubuki

One Punch Man mengajar kita bahawa apa sahaja boleh berlaku jika anda mendedikasikan diri anda kepada matlamat anda dan melakukan sesuatu yang tidak ramai orang boleh lakukan - gigih dan tidak pernah berputus asa. Kerana jika anda ingin mencapai sesuatu, anda perlu melakukannya sendiri; tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda.

JoJo's Bizarre Adventure mengajarkan kita kepentingan pengurusan wang

JoJo's Bizarre Adventure

Tajuk anime ini menggambarkannya dengan sempurna: plotnya sangat pelik dan menarik, dan ia mengandungi banyak pengajaran penting untuk kita. Salah satunya ialah bagaimana kita harus menguruskan simpanan kita.

Dalam satu episod, wira utama Josuke dan Okuyasu menyedari bahawa mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli minuman. Tetapi kemudian mereka terserempak dengan seorang lelaki yang membuat banyak wang dengan mengutip duit syiling yang hilang yang tidak dipedulikan oleh sesiapa pun. Dengan menggunakan keupayaan istimewanya, dia telah memperoleh sejumlah besar modal melalui keuntungan kecil di sana sini.

Ini sangat serupa dengan trading. Anda boleh mengelakkan risiko besar dan akhirnya mencapai pendapatan yang stabil dengan trading dalam jumlah yang kecil dengan lebih kerap. Jika anda ingin menjana wang, jangan tamak, tetapi bersabarlah. Ingat kata pepatah: “slow and steady wins the race.”

Poputepipikku mengajarkan bahawa kita tidak boleh terlalu serius dalam semua perkara

Adakalanya keupayaan untuk mencari sesuatu yang lucu dalam situasi yang buruk membantu anda mencari kekuatan untuk mengurusnya. Ramai trader begitu terlibat dalam trading, membaca berita, dan mencuba strategi, sehingga mereka lupa tentang dunia luar.

Overtrading tidak akan membuatkan sesiapa gembira, jangan lupa bahawa ada masa untuk bekerja dan ada masa untuk berehat. Otak anda tidak boleh kekal produktif di bawah tekanan selama-lamanya. Oleh itu, berehatlah sedikit sekali-sekala, baca artikel yang menyeronokkan dan jangan terlalu serius, otak anda akan berterima kasih.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.