• 17 May 2023
  • Analisis teknikal

Nisbah Fibonacci dan Gelombang Impuls

Pengunduran (Retracements)

Lazimnya, pembetulan menguji salah satu aras Fibonacci gelombang sebelumnya. Aras-aras yang paling lazim ialah 0.236, 0.382, 0.5, 0.618, 0.786. Aras yang terakhir iaitu 0.786 adalah √0.618, yang kerap terbukti sebagai aras yang berguna. Seperti yang kita sudah ketahui daripada artikel sebelumnya, wujud suatu perkara yang dinamakan perselangan (alternation), yang bermaksud ada hubungan yang istimewa antara gelombang dua dan empat suatu impuls. Salah satu pembetulan ini bersifat tajam, dan yang satu lagi menjelmakan dirinya dalam bentuk melintang (sideways). Pada waktu sebegini, kita boleh menggunakan aras Fibonacci sebagai alat yang berguna, jadi mari kita lihat beberapa contoh.

Carta di bawah menunjukkan hubungan klasik antara gelombang kedua dan keempat. Gelombang ((ii)) mencapai aras 0.618 manakala gelombang ((iv)) hanya mencapai aras 0.382 gelombang ((iii)). Dalam kebanyakan kes, gelombang kedua lebih mendalam daripada gelombang sebelumnya berbanding gelombang keempat. Oleh itu, dalam kebanyakan kes, kita harus memerhatikan aras 0.618 sebagai sasaran utama untuk gelombang kedua, tetapi ada beberapa pengecualian dan garis panduan ini bukanlah suatu yang wajib diikut dengan tegas.

1.png

Seperti yang dinyatakan di atas, aras 0.786 juga boleh menjadi sasaran. Carta seterusnya menunjukkan senario ini dengan tepat. Gelombang ((ii)) dan kemudian gelombang (ii) tamat pada aras 0.786 dan kedua-duanya adalah titik permulaan untuk gelombang bearish. Pada masa yang sama, kedua-dua gelombang (iv) dan ((iv)) mengundur (retraced) semula hanya 0.236 daripada gelombang ketiga yang terbentuk sebelum ini. Jadi, itulah satu lagi contoh bagaimana perselangan (alternation) berfungsi.

Aras mana yang patut kita pilih sebagai sasaran

Walaupun aras 0.618 adalah sasaran utama untuk gelombang dua, kita harus memerhatikan struktur pembetulan juga. Jadi, kita hanya perlu menganggap gelombang dua sudah berakhir apabila kita mempunyai dua faktor iaitu struktur pembetulan yang telah siap dan pullback dari salah satu aras Fibonacci. Pendekatan ini mengurangkan risiko membuka urusniaga terlalu awal dan menanggung kerugian kesan daripada itu.

Mari kita lihat gelombang ((iv)), yang berbentuk segitiga. Pengakhiran corak ini menguji aras 0.236, yang memulakan rali lima gelombang ke bawah. Ini menunjukkan bahawa kita harus memadankan pengakhiran segitiga dengan aras Fibonacci, tetapi bukan bahagian dalaman pola tersebut.

2.png

Jika rali sekuat itu, gelombang dua mungkin lemah. Carta seterusnya menunjukkan senario ini. Kedua-dua gelombang (ii) dan ii hanya mencapai aras 0.382 dan pasaran terus meningkat. Sekali lagi, semua ini adalah tentang rupa bentuk. Jika kita mempunyai pergerakan harga tiga gelombang, yang boleh kita anggap sebagai pembetulan lengkap, dan kemudian pullback dari aras 0.382 berlaku, maka ia mungkin cukup untuk gelombang dua. Sebaliknya, kita harus ingat tentang kemungkinan terjadinya pembetulan yang lebih berpanjangan dalam bentuk zigzag berganda (double zigzag). Oleh itu, apa sahaja pola atau pullback yang anda lihat, tiada sebab untuk anda melupakan pengurusan risiko.

3.png

Kadang-kadang, gelombang dua berulang-alik antara aras 0.5 dan 0.618. Jika terdapat beberapa pullback dari aras-aras ini, itu memberikan lebih banyak bukti bahawa gelombang dua akan berakhir. Juga, ketika extension berlaku, adalah gelombang dua yang agak kecil adalah perkara biasa. Seperti yang anda boleh lihat pada carta di bawah, gelombang (ii) berakhir pada aras 0.236, dan begitu juga dengan gelombang (iv). Ini lebih lazim terjadi di pasaran saham, di mana harga membuat rali seperti roket dengan kerap, jadi pada saat-saat seperti itu, harga tidak mempunyai masa untuk membuat pembetulan yang lebih mendalam.

4.png

Lanjutan Fibonacci Gelombang Motif (Gandaan)

Kita boleh menggunakan alat Lanjutan Fibonacci (Fibonacci Extension) untuk meramalkan panjang gelombang tiga dan lima. Sasaran yang paling umum untuk gelombang ketiga adalah 1.618 kali ganda gelombang pertama. Gelombang kelima cenderung untuk mencapai 0.618 kali ganda gelombang ketiga. Hubungan klasik sedemikian boleh anda lihat pada carta seterusnya.

5.png

Kadang-kadang, lanjutan dalam gelombang ketiga ternyata begitu panjang dan dalam kes ini, kita harus memerhatikan aras 2.618, 2 dan 3.618 sebagai sasaran yang mungkin. Seperti yang anda boleh lihat pada carta di bawah, gelombang 3 berakhir di antara aras 2.618 dan 3.618. Sekali lagi, semuanya bergantung pada struktur gelombang. Oleh itu, jika gelombang ketiga mencapai aras 1.618, tetapi tiada pergerakan harga lima gelombang yang selesai, maka adalah logik untuk melihat aras seterusnya sebagai sasaran.

6.png

Dari masa ke masa, gandaan 1 dan 2 juga mungkin berguna. Gelombang (iii) daripada ((a)) pada carta seterusnya berakhir pada gandaan 1, manakala gelombang (iii) daripada ((c)) singgah di aras gandaan 2. Dalam kedua-dua kes, struktur dalaman gelombang ketiga ini sangat membantu untuk mengenal pasti kemungkinan pengakhiran impuls ini.

Juga, mari kita lihat gelombang (i) dan (v) daripada ((c)) yang sama. Biasanya, ini berlaku jika gelombang ketiga lebih daripada 1.618 kali ganda, tetapi sekali lagi kita harus bergantung pada struktur gelombang terlebih dahulu.

7.png

Kesimpulan

 Hubungan Fibonacci adalah komponen tunjang Prinsip Elliott Wave. Struktur gelombang yang berkembang dapat menunjukkan aras Fibo yang sesuai sebagai sasaran, jadi kita harus sentiasa berusaha untuk memadankan gelombang yang sedang berlangsung dan aras terdekat untuk mencapai hasil yang terbaik.

Kongsi kepada rakan-rakan: