Apa Itu Pengesahan Dompet Akses Pantas?

Akses Pantas adalah fitur yang membolehkan anda mengesahkan dompet digital anda untuk menjadikan pengeluaran lebih mudah.

Anda boleh gunakan Akses Pantas untuk mengesahkan semua dompet digital yang pernah anda gunakan untuk membuat deposit. Sebaik sahaja anda melakukannya, anda boleh abaikan prinsip Last In First Out dan keluarkan dana ke mana-mana dompet digital yang telah disahkan dalam sebarang jumlah. Harap maklum bahawa untuk membolehkan opsyen ini berfungsi, anda perlu mengesahkan semua dompet yang pernah anda gunakan sebelum ini.

Sebagai contoh, anda telah depositkan $20 melalui Skrill, kemudian $10 melalui Neteller. Kebiasaannya, anda perlu keluarkan dana $10 ke Neteller terlebih dahulu, kemudian $20 ke Skrill, dan kemudian keuntungan yang diperoleh ke mana-mana dompet. Jika anda ingin menggunakan Akses Pantas, anda perlu mengesahkan kedua-dua dompet Skrill dan Neteller itu, dan anda kelak boleh mengeluarkan dana dalam sebarang amaun (deposit dan keuntungan) ke mana-mana satu dompet tersebut.

Penting! Sekiranya anda mendepositkan dana dengan dompet lain (selain daripada dompet-dompet yang telah disahkan), anda perlu mengesahkan dompet yang baru itu sebelum terus menggunakan Akses Pantas.

Anda boleh set up Akses Pantas dalam Laman Trader anda dengan mudah.

Untuk melakukannya, anda perlu buka halaman Pengeluaran dan klik butang biru “Set up Akses Pantas” di sebelah dompet digital anda:

Dalam tetingkap seterusnya, anda perlu melengkapkan pengesahan dompet anda dengan memasukkan nombor akaun dompet dan memuat naik sebarang dokumen yang disediakan oleh sistem pembayaran anda. Dokumen berkenaan harus mengandungi nombor akaun dan nama penuh anda. Sebaik sahaja anda menghantar permohonan, jabatan yang bertanggungjawab akan menyemaknya tidak lama selepas itu. Anda akan dapat melihat semua dompet yang telah disahkan dalam tab Akses Pantas di halaman Kewangan dalam Laman Trader anda.

Anda boleh sahkan mana-mana sistem pembayaran digital anda kecuali untuk pilihan kad. Sekiranya anda ada deposit yang dibuat menerusi kad, anda perlu keluarkan deposit ini kembali ke kad yang sama sebelum menggunakan mana-mana dompet digital anda walaupun dengan pilihan Akses Pantas.

Harap diingatkan bahawa Akses Pantas adalah ciri yang bersifat opsyenal sepenuhnya. Ia tidak wajib; pilihan ini dicipta semata-mata untuk memudahkan anda.

Kongsi kepada rakan-rakan anda: