Cara untuk melindungi akaun saya

Tatkala anda menggunakan akaun FBS anda untuk mendepositkan dana untuk digunakan dalam trading, wujud scammer yang melihatnya sebagai satu peluang dan mereka cuba mendapatkan kawalan ke atas akaun anda untuk mengakses dana dan data peribadi anda.

Kami menyedari kewujudan kes-kes di mana scammer, berpura-pura menjadi FBS atau wakil FBS, menghubungi pelanggan kami dengan niat untuk mendapatkan maklumat sulit dan akses haram ke atas Laman Trader mereka.

Sesetengah penipu mungkin cuba melakukannya dengan menyamar sebagai wakil FBS. Sila maklum bahawa wakil FBS hanya akan menghubungi anda menerusi saluran komunikasi rasmi seperti kontak atau emel rasmi FBS - dan tidak sesekali akan meminta anda untuk kongsikan sebarang maklumat mengenai keselamatan akaun anda, seperti kata laluan akaun anda, PIN pengesahan, alamat emel yang didaftarkan, dan lain-lain.

Untuk meningkatkan lagi keselamatan akaun FBS anda, anda boleh ikuti syor ini:

  1. Jangan sekali-kali meninggalkan Laman Trader anda terbuka apabila peranti anda tidak berada dalam pengawasan anda. Log keluar dari Laman Trader atau kunci skrin anda.
  2. Elakkan daripada mengelog masuk ke akaun anda menggunakan peranti pihak ketiga. Seandainya perlu, sila gunakan mod inkognito.
  3. Jangan minta sesiapa membuka Laman Trader FBS menggunakan identiti anda.
  4. Jangan kongsikan dokumen pengenalan diri anda kepada sesiapa.
  5. Jangan kongsikan alamat emel atau nombor telefon bimbit anda yang anda gunakan untuk menerima kod pengesahan.
  6. Jangan kongsikan PIN atau kod pengesahan transaksi anda kepada sesiapa.
  7. Jangan pindahkan dana anda ke akaun bank, kad pembayaran, dompet, alamat pembayaran digital, atau kaedah-kaedah menerima dana lain milik orang yang tidak dikenali.
  8. Jangan buka sebarang pautan daripada sumber yang tidak diketahui
  9. Hanya gunakan alamat emel dan nombor telefon bimbit anda untuk mendaftarkan akaun anda.

Sila ambil perhatian bahawa semua interaksi kewangan dengan trader kami dijalankan secara eksklusif melalui aplikasi peranti mudah alih rasmi FBS dan laman web rasmi kami. Pihak syarikat kami tidak pernah memberikan kuasa kepada mana-mana wakil untuk memungut deposit atau caj lain bagi pihak kami.

Kami juga ingin memberitahu bahawa terdapat beberapa scammer yang menyamar sebagai wakil FBS dan mereka kelihatan sangat meyakinkan dan menggunakan jenama rasmi FBS. Jika anda mengesyaki bahawa anda telah dihubungi oleh scammer, anda sentiasa boleh menghubungi pasukan khidmat pelanggan FBS menerusi saluran komunikasi rasmi kami ([email protected] atau LIVE chat di laman web).

Butiran kontak untuk berkomunikasi dengan FBS boleh anda temui di laman web kami atau dalam aplikasi peranti mudah alih rasmi kami.

Kongsi kepada rakan-rakan anda: