• 22 Aug 2024
  • Asas

Forex dan Komoditi dalam Kripto? Penjelasan Tentang Stablecoins

Apa itu Stablecoins?

MDP-4455_1_cover.png

Stablecoins adalah kelas baru matawang kripto yang cuba menawarkan kestabilan harga dan disokong oleh aset rizab. Stablecoins semakin popular kerana ia bertujuan untuk menggabungkan kelebihan dua dunia: transaksi matawang kripto yang laju dan selamat, serta kestabilan dan nilai matawang fiat tradisional yang tidak meruap (seperti USD yang andal).

Seperti semua matawang kripto, stablecoin dibina berasaskan teknologi blockchain – pangkalan data terpencar yang menyimpan maklumat dengan cara yang tertentu. Blockchain membolehkan kita untuk tidak lagi bergantung pada satu pusat data tunggal kerana setiap transaksi dan setiap lejar disimpan di nod individu (titik persimpangan) rangkaian.

Walaupun Bitcoin tetap menjadi matawang kripto paling popular, ia cenderung terkesan dari kemeruapan yang tinggi dalam penilaiannya. Sebagai contoh, ia meningkat dari $30 000 menjadi $58 000 di antara 27 Januari dan 21 Februari 2021, dan turun dari $64 650 menjadi $29 100 antara 14 April dan 19 Mei 2021. Bukan mudah untuk membuat pembayaran dengan instrumen yang semeruap ini.

MDP-4455_2.png

Sebaliknya, stablecoin menawarkan penyelesaian yang kurang meruap. Dilindungi oleh aset nyata sebagai sandaran, ia mengingatkan kita kepada matawang fiat, yang ditambat dengan aset pendasar seperti rizab forex.

Walaupun dalam keadaan melampau yang tertentu, bila mana penilaian matawang fiat bergerak secara drastik, pihak berkuasa yang bertanggungjawab masuk campur dan melaraskan penawaran dan permintaan matawang untuk mengekalkan kestabilan harga. Stablecoins mensasarkan untuk membantu semua pedagang matawang kripto mencari aset selamat di waktu yang meruap.

Apakah jenis-jenis stablecoins yang ada?

1. Stablecoins Yang Disokong Dengan Komoditi

Stablecoins yang ditambat dengan komoditi umumnya disokong dengan aset ketara untuk kestabilan. Aset ketara tersebut boleh berbentuk harta tanah atau emas. Walau bagaimanapun, aset ketara yang paling banyak digunakan untuk sandaran adalah emas, di mana banyak stablecoins menggunakan pelbagai koleksi logam berharga. Contoh token-token tersebut ialah Tether Gold (XAUt).

2. Stablecoins Yang Disokong Dengan Aset Crypto

Stablecoins yang bersandaran kripto disokong dengan matawang kripto lain. Oleh kerana matawang kripto rizab juga boleh mengalami kemeruapan tinggi, stablecoins biasanya terlebih cagaran (over-collateralized). Ini bermaksud jumlah besar token matawang kripto dipegang secara rizab untuk menyokong jumlah stablecoin yang lebih kecil. Contohnya, Ether yang bernilai $2,000 boleh disimpan sebagai rizab untuk mengeluarkan stablecoins bersandarkan kripto bernilai $1,000 yang boleh menampung sehingga 50% swing pada matawang rizab (Ether).

3. Stablecoins Yang Disokong Dengan Matawang Fiat

Stablecoins bersandaran fiat mengekalkan rizab matawang fiat, seperti dolar AS, untuk menyokong pengeluaran bilangan koin kripto yang munasabah. Ia sangat popular, terutamanya kerana ia dianggap sebagai mesin cetak ekonomi matawang kripto dan memberikan kestabilan di pasaran yang sentiasa berubah-ubah. Untuk mematuhi syarat kawalan selia yang ketat, ia perlu menjalani prosedur pengauditan. Matawang kripto yang bersandaran fiat yang paling popular di dunia adalah Tether (USDT) dan USD Coin (USDC), dengan jumlah permodalan lebih dari $150 bilion.

4. Stablecoins Algoritma (Seigniorage)

Stablecoin algoritma menggunakan algoritma untuk meningkatkan atau mengurangkan rizab matawang digital secara automatik seperti yang dilakukan oleh pengurus bekalan wang di dunia sebenar. Sebilangan besarnya kini hilang kerana peraturan.

5. Matawang digital bank pusat (CBDC)

CBDC adalah mata wang digital yang disokong oleh bank pusat kerajaan. Ia adalah suatu bentuk matawang yang disokong oleh negara, seperti wang kertas. Ia disokong oleh negara, bukan syarikat atau, dalam kes Bitcoin, blockchain. Oleh kerana ia terikat dengan matawang negara berkenaan, CBDC akan berubah-ubah seiring dengan matawang tradisional. Sebilangan besar model CBDC dikawal sepenuhnya di bawah pihak berkuasa pusat. China adalah negara pertama yang memperkenalkan Yuan China sebagai CBDC pada Februari 2021. Ia tidak popular di kalangan komuniti kripto kerana 100% terpusat dan ketiadaan keanoniman.

Beri tepukan untuk Tether!

Tether atau USDT adalah stablecoin yang terbesar dan paling popular dengan permodalan pasaran keseluruhan lebih dari $62 bilion!

MDP-4455_3.png

Tether diwujudkan khususnya untuk merapatkan jurang antara matawang fiat dan matawang kripto, menyediakan kestabilan, ketelusan dan yuran transaksi minimum kepada pengguna. Ia ditambat kepada dolar AS dan mengekalkan nisbah 1:1 dengan dolar A.S. dari segi nilai.

Melihat dari perspektif lain pula, Tether mempunyai kekurangan. Tether telah dituduh kekurangan ketelusan dan ada kejanggalan dengan rizab sandarannya. SEC AS menuntut Tether, menyatakan bahawa syarikat itu tidak mempunyai cukup USD untuk mengkoleteralkan setiap USDT yang dikeluarkan. Walau bagaimanapun, firma perakaunan Moore Cayman telah mengesahkan laporan "aset dan liabiliti" dari Tether pada bulan Februari. Pada 28 Februari 2021, Tether memiliki lebih dari 100% aset untuk menyokong penerbitan stablecoin yang bersandarkan fiat dan komoditi. AS tidak berhenti, dan setelah enam bulan Jabatan Kehakiman meminta pengesahan rizab. Pada 9 Ogos 2021, Tether mengeluarkan satu lagi laporan jaminan, sekali lagi mengesahkan bahawa rizab mereka bersandaran sepenuhnya.

Apakah risiko-risikonya?

Risiko terbesar berkaitan dengan stablecoins mungkin terletak pada sentralisasi. Stablecoins mesti dijamin dengan sesuatu aset, anda tidak boleh melombongnya seperti Bitcoin atau memperolehinya sebagai ganjaran kerana giat menjadi ahli rangkaian yang aktif. Justeru, walaupun ini masih matawang kripto, dan semua transaksi dapat dilihat oleh semua orang, tidak dapat diundur semula dan selamat, penerbitan token baru berlaku di tangan beberapa orang. Ada beberapa pihak telah menuduh penerbit stablecoin mengepam pasaran matawang kripto dengan percetakan token secara berterusan.

Matawang kripto adalah industri kewangan yang masih muda dan bercita-cita tinggi dengan pertumbuhan yang pesat dan peluang baru sentiasa muncul. Pastikan anda tidak terlepas!

Kongsi kepada rakan-rakan: