Penting! Harap maklum bahawa dalam kes pemutusan jalinan antara akaun dan Rakaniaga, Bonus Deposit 100% akan dibatalkan secara automatik untuk akaun yang diputuskan.
Pelanggan boleh memohon agar akaunnya diputuskan dari Rakaniaga mereka hanya jika Laman Pedagang pelanggan tersebut sudah disahkan.
Untuk melakukan perkara yang tersebut, anda perlu menghantarkan permohonan untuk pemutusan dari IB ke emel pasukan khidmat pelanggan kami iaitu [email protected] dengan menyertakan sekali maklumat berikut:
- Nama penuh anda;
- Nombor akaun yang anda mahu putuskan jalinannya;
- Sebab mengapa anda mahu jalinan ini diputuskan;
- Salinan dokumen yang anda telah gunakan untuk pengesahan identiti.
Penting! Di tab "Jalinan dengan rakaniaga" yang ada di halaman "Tetapan Akaun", anda boleh menyemak siapakah IB yang tersambung ke akaun perdagangan anda.