Di mana saya boleh mendapatkan pautan Rakaniaga?

Dalam Laman Rakaniaga, anda boleh temui dua pautan referral unik yang berbeza:

Salah satu daripadanya digunakan untuk menyambungkan Rakaniaga kepada anda.

Untuk pelajari lebih lanjut tentang program dua-peringkat Multilever Partnership, rujuk artikel ini.

Jika anda tidak dapat menemui pautan "Jemput Rakaniaga", sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami untuk memastikan program ini tersedia untuk negara anda;

Satu lagi pautan referral digunakan untuk menyambungkan seramai mungkin pelanggan.

Pautan Rakaniaga (rujukan) adalah kod unik untuk pendaftaran pelanggan. Setelah pelanggan mengkliknya, maklumat tersebut disimpan di pelayar web mereka selama 30 hari. Setiap kali mereka kembali ke www.fbs.com, laman web akan mengingati mereka sebagai pelanggan anda.

Anda boleh mendapatkan pautan referral anda di Laman Pedagang anda. Untuk melakukannya, ikut langkah-langkah di bawah:

Teruskan ke halaman Laman Rakaniaga dan pilih tab "Pautan referral";

Cari butang "Cipta pautan" dan klik padanya untuk menghasilkan pautan.

Di langkah ini, anda boleh memilih produk (kotak drop-down memberikan pilihan antara laman web FBS atau aplikasi FBS), bahasa, kategori (misalnya, bonus), dan halaman yang akan menjadi destinasi pelanggan apabila mereka mengklik pautan.

Selain dari itu, anda boleh menggunakan kata kunci unik, dan bukannya ID Rakaniaga yang dihasilkan secara automatik, pada pautan referral anda untuk menjadikannya lebih mudah dicam. Untuk melakukan ini, karang satu kata kunci dan masukkannya ke dalam medan di sebelah kanan halaman. Klik "Ubah" untuk picu perubahan.

Harap maklum bahawa hanya satu pautan referral dengan kata kunci sah untuk digunakan pada satu-satu masa, iaitu yang paling terkini dicipta. Semua pautan referral dengan kata kunci yang dibuat sebelum ini menjadi tidak sah. Manakala pautan referral bukan kata kunci akan sentiasa sah dan aktif.

2024-02-22_11-18-23.png

Kongsi kepada rakan-rakan anda: